Bismillahirrahmanirrahim…..
DJ radio Ramadan FM yg sibuk berceloteh di ruang konti mengisi masa lapangku sementara menunggu waktu berbuka puasa di dewan makan yang serba indah di sekolah menengah kesayanganku…Katanya DJ tu,nk tunaikan permintaan seorang pljar yang nk dgr lagu PemergianMu…owh,lagu feveretku ni…..Tanpa semena2 hati aku tersentak…Seakan aku terlupa bahawa sudah sememangnya setiap kali aku dengar lagi ni akan ada air mata yang membasahi kelopak mata aku …
PEMERGIANMU(INTEAM)^_^
Rasulullah….
Kau masih tersenyum mengubat lara,
Sellindung derita yang Kau rasa,
Senyuman yang mententeramkan,
Setiap insan yang kebimbangan,
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Dipangkuan isterimu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu yang Esa,
Tangan dicelup dibejana air,
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih,
Pada umat dan akhirat,
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Ini pemergian mu..
Oh sukarnya untuk umat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya,
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun kau telah tiada,
Bersemarak cintamu selamanya……
Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merindui Mu………
YA ALLAH!!!sekali lagi….sukar sekali aku menahan perasaan hiba dan sayu…
ALLAHUMMASALLI’ALA MUHAMMAD….
Cuba kita bayangkan andai kita yang memiliki iman yang rapuh ini pun sudah terasa hiba dan sayu mendengar bait2 lagu ini dek kecintaan kita kepada Baginda s.a.w…Mana mungkin para sahabat yang maha besar kecintaan mereka kepada Rasul junjungan ini dapat menahan air mata mereka hanya sekadar nama MUHAMMAD itu meniti di bibir mereka….
Melihat kepada kerosakan umat Islam zaman sekarang,kalau difikirkan balik betapa mudah kita melupakan baginda…senang2 je kita tinggalkan perjuangan baginda dan para sahabat untuk memastikan agama Allah ni terus hidup di muka bumi.Bayangkanlah kalau baginda Rasulullah SAW bersama kita dn melihat apa yang kita lakukan,mesti baginda sedih sgt kn…
Sahabat2 sekalian,marilah kita kembali pada Islam yang syumul,mari kembali mencarai reda Allah.Mari sama2 amalkan sunnnah nabi dan rajinkan diri berselawat keatas nabi,moga dengannya kita mendapat syafaat baginda di akhirat.Ameen…Jom tonton video di bawah.moga hati kita sentiasa ingat pada Rasulullah SAW...wallahualam....

